CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 25 November 2012

Ucapan Majlis Penutup Kursus KSSR



Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Pn. Norshamsiah bt Hassan Basri, Pen. Pegawai Pendidikan Daerah bahagian Kurikulum selaku Ketua Unit Bahasa;

Yang Berusaha En. Damanhuri b. Mahayudin selaku penyelaras kursus KSSR;

Yang dihormati dan dikasihi, barisan Jurulatih Utama, tidak ketinggalan  guru-guru peserta kursus KSSR dan PBS tahun 3  2013. Assalam’mualaikum wbh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana kursus KSSR dan PBS tahun 3 2013 ini    telah pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan bercampur-baur dalam sanubari masing-masing. Kalau disamakan dengan pencapaian band , ada yang mungkin telah mencapai band 6 dan mungkin ada yang masih band 2 atau 3.
Cikgu-cikgu,
Bersopan santun duduk bersembang,
Sambil menyuap kuih keria;
Walau apa pun masalah yang datang,
Tugas dan tanggungjawab dilaksana jua.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Tn. Hj. Badrishah b. Sharizat untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Selesai bacaan doa)

Amin ya rabulalamin.
Sepanjang empat hari kita  di sini, pelbagai pendedahan telah diberi oleh Jurulatih-jurulatih Utama dan tidak ketinggalan pegawai PPD bahagian Penyelia Penilaian dan Peperiksaan, Tn. Hj. Ariffin bin Zakaria. Banyak ilmu  yang kami peroleh. Untuk itu, marilah kita dengar secara lebih menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kita di sini. Dipersilakan dengan segala hormatnya Encik  Mohd Nazran b. Ismail  mewakili peserta kursus dan selaku Penghulu sepanjang kursus ini untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kita berkursus di sini. Majlis merakamkan ucpan terima kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu puan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,
Batu diangkat bunyi meletup;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha  Pn. Norshamsiah bt. Hassan Basri  untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Kursus KSSR dan PBS tahun 3 2013 dari 10 – 13 Oktober 2012. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi. Insya Allah amanat yang diberi akan kami realisasikan.
Baiklah,sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan  En. Nazran  b. Ismail  untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan dan penghargaaan kami  kepada para Jurulatih Utama kursus ini yang sangat banyak memberikan kami impak untuk pengajaran kami dalam KSSR dan PBS ini.
Dipersilakan    Pn. Dzokizah bt. Md Yusof,
                        Pn. Zawiyah bt. Mat Munun,
                        Pn. Safina  bt.  Mohamad,
            dan      Cik  Lee Puai  Ling

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan;

Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
                     
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Hadirin yang dihormati, sampai di sini dulu pertemuan kita kali ini, dan sampai di sinilah jua tugas saya sebagai pengacara majlis ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.

Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta untuk menikmati makan tengahari sebelum bersurai.

Sekian, terima kasih.

Friday, 2 November 2012

Mari Belajar Tatabahasa

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..  :)

Di sini terdapat video yang dibuat untuk memudahkan pembelajaran asas Bahasa Melayu.
Klik video untuk memainkannya.
Selamat belajar!

Monday, 29 October 2012

RPH Bahasa Melayu KSSR Tahun 3

Klik pada pautan untuk melihat Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu (Kumpulan 1)


Lembaran Kerja mempunyai 3 lembaran iaitu,

a) Lembaran Kerja Pengayaan
b) Lembaran Kerja Pemulihan
c) Lembaran Kerja Literasi

Saturday, 13 October 2012

Saturday, 29 September 2012

pertama kali..

percubaan..pertama kali membina blog untuk memenuhi keperluan assignment belajar sebagai seorang guru sambil belajar..