Indah berbalam si awan
petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka
bicara.
Yang Berusaha Pn. Norshamsiah
bt Hassan Basri, Pen. Pegawai Pendidikan Daerah bahagian Kurikulum selaku Ketua
Unit Bahasa;
Yang Berusaha En. Damanhuri
b. Mahayudin selaku penyelaras kursus KSSR;
Yang dihormati dan dikasihi,
barisan Jurulatih Utama, tidak ketinggalan guru-guru peserta kursus KSSR dan PBS tahun 3 2013. Assalam’mualaikum wbh dan salam
sejahtera.
Alhamdulillah. Bersyukur kita
kehadrat Allah SWT kerana kursus KSSR dan PBS tahun 3 2013 ini telah
pun sampai ke penghujung. Pastinya pada detik ini pelbagai perasaan bercampur-baur
dalam sanubari masing-masing. Kalau disamakan dengan pencapaian band , ada yang
mungkin telah mencapai band 6 dan mungkin ada yang masih band 2 atau 3.
Cikgu-cikgu,
Bersopan santun duduk bersembang,
Sambil menyuap kuih keria;
Walau apa pun masalah yang datang,
Tugas dan tanggungjawab dilaksana jua.
Tuan-tuan dan puan-puan,
sidang hadirin yang dimuliakan;
Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tn. Hj.
Badrishah b. Sharizat untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(Selesai bacaan doa)
Amin ya rabulalamin.
Sepanjang empat hari kita di sini, pelbagai pendedahan telah diberi oleh
Jurulatih-jurulatih Utama dan tidak ketinggalan pegawai PPD bahagian Penyelia
Penilaian dan Peperiksaan, Tn. Hj. Ariffin bin Zakaria. Banyak ilmu yang kami peroleh. Untuk itu, marilah kita dengar
secara lebih menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kita di
sini. Dipersilakan dengan segala hormatnya Encik Mohd Nazran b. Ismail mewakili peserta kursus dan selaku Penghulu
sepanjang kursus ini untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan
pengalaman sepanjang kita berkursus di sini. Majlis merakamkan ucpan terima
kasih.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Duduk sekawan si burung unta,
Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu puan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.
Terbang di awan burung jentayu,
Batu diangkat bunyi meletup;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Pn. Norshamsiah bt. Hassan
Basri untuk memberi ucapan dan
seterusnya merasmikan penutupan Kursus KSSR dan PBS tahun 3 2013 dari 10 – 13
Oktober 2012. Dipersilakan.
Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar
tadi. Insya Allah amanat yang diberi akan kami realisasikan.
Baiklah,sekali lagi majlis menjemput dan
mempersilakan En. Nazran b. Ismail untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda
kenangan dan penghargaaan kami kepada
para Jurulatih Utama kursus ini yang sangat banyak memberikan kami impak untuk
pengajaran kami dalam KSSR dan PBS ini.
Dipersilakan Pn.
Dzokizah bt. Md Yusof,
Pn. Zawiyah bt. Mat Munun,
Pn. Safina
bt. Mohamad,
dan Cik Lee Puai
Ling
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan;
Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Hadirin yang dihormati,
sampai di sini dulu pertemuan kita kali ini, dan sampai di sinilah jua tugas
saya sebagai pengacara majlis ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah
dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri.
Dipersilakan tuan-tuan dan
puan-puan serta para peserta untuk menikmati makan tengahari sebelum bersurai.
Sekian, terima kasih.